Powered by Blogger.

Pasangan Suami Isteri ‘Berkahwin’ Semula Selepas 70 Tahun

PASANGAN suami isteri warga emas di Beijing, China menjadikan ulang tahun perkahwinan ke-70 satu memori yang indah apabila mereka mencipta semula momen-momen ketika disatukan tujuh dekad lalu.
Cao Yuehua mengahwini kekasihnya, Wang Deyi pada 24 November 1945 di Chongqing.
Impian bagi menjelmakan semula perkahwinan itu dibantu oleh empat anak mereka yang menyediakan gaun perkahwinan, veil dan aksesori untuk menghidupkan majlis tersebut yang diadakan di tempat sama ianya berlangsung dahulu.
Menurut salah seorang anak mereka, Cao Pangpei, dia sangat mengagumi kisah cinta ibu bapanya yang pernah melalui zaman gelap terpaksa berpisah ketika berlaku Perang Dunia Kedua namun kasih sayang kedua-duanya masih utuh sehingga kini.
Pangpei turut berharap, orang ramai di luar sana menjadikan kisah cinta kedua iba bapanya salah satu inspirasi untuk mendapat perkahwinan “happily ever after”
china1
0 Komentar untuk "Pasangan Suami Isteri ‘Berkahwin’ Semula Selepas 70 Tahun"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info