AOKIGAHARA adalah hutan yang terletak di sebelah Barat Laut Gunung Fuji, yang membentang dari Kota Kawaguchiko hingga Narizawa.
Usia hutan ini dianggarkan lebih kurang mencapai 1200 tahun dan hutan ini dikenali sebagai tempat bunuh diri yang sangat popular di Jepun.
Hutan ini juga dikatakan berada di tempat kedua paling popular untuk membunuh diri selepas Jambatan Golden Gate di San Francisco.
Telah didokumenkan bahawa sejak tahun 1988, sekurang-kurangnya ada 100 kejadian bunuh diri terjadi di hutan ini pada setiap tahun.
Satu filem seram Amerika, “The Forest” yang berkisar tentang hutan bunuh ini telah dihasilkan oleh Jason Zada dan skrip filem ini telah ditulis oleh penulis terkenal, Ben Ketai, Nick Antosca dan Sarah Cornwell.
The Forest akan mula ditayangkan pada 8 Januari 2016 dan dikatakan bahawa filem ini akan mendapat sambutan yang luar biasa kerana kisah hutan ini adalah sangat digeruni oleh masyrakat di serata dunia terutamanya di Jepun.
0 Komentar untuk "‘The Forest’ Berkisar Tentang Hutan Bunuh Diri Di Jepun"