EKSPERIMEN yang dijalankan dalam video di bawah membuktikan hasil bidikan kamera sebenarnya lebih ditentukan mengikut sudut pandang seseorang fotografer terhadap subjeknya berbanding subjek itu sendiri.
Sebagai bukti, Canon Australia menjalin kerjasama dengan The Lab bagi menjemput 6 fotografer yang ditugaskan merakam gambar seorang lelaki yang sama.
Setiap fotografer diberikan informasi dan latar belakang berbeza tentang Micheal yang merupakan subjek bagi sesi fotografi tersebut.
Micheal digambarkan sebagai jutawan kepada seorang fotografer manakala kepada fotografer lain, dia diberitahu merupakan seorang penagih alkohol, ekstrimis Islam, nelayan dan pesakit mental.
Realitinya, Micheal bukanlah seseorang seperti yang diberitahu kepada kesemua fotografer tersebut.
Saksikan video bertajuk The Decoy, yang bakal memberikan jawapan kepada eksperimen ini.
0 Komentar untuk "Video: Ambil Gambar Orang Yang Sama Tapi Hasil Berbeza, Kenapa?"