Powered by Blogger.

NGERI!!TEKINI!! Lelaki Maut Kereta Terhumban Dari Jambatan Bersama Seorang Budak

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas PROTON Iswara dipandunya terbabas sebelum terhumban ke tebing sungai dari sebuah jambatan di Jalan Tuaran By Pass dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, Irwan Samsul, 31, dari Kampung Luyang, Bukit Padang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Penumpang kenderaan itu, Muhammad Irfan Daniel Abdullah, 3, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Inanam menghala ke Tuaran sebelum dikatakan hilang kawalan.
Katanya, kenderaan itu kemudian terbabas di tepi sebelah kiri jalan di Jambatan Rampayan lalu terhumban ke tebing sungai.
“Berikutan kejadian itu pemandu kenderaan terbabit cedera parah di kepala akibat tersepit dan pemeriksaan dari pihak ambulans Hospital Likas mendapati mangsa meninggal dunia.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, sebentar tadi.
0 Komentar untuk "NGERI!!TEKINI!! Lelaki Maut Kereta Terhumban Dari Jambatan Bersama Seorang Budak"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info