Powered by Blogger.

Kereta D-Max Di Jadikan 'Lori Bomba Mini' Ini Digunakan Di Kawasan Sempit Singapura

KEBIASAANNYA, rekaan lazim sebuah jentera bomba ialah lori dengan enam tayar yang besar.
Disebabkan perkara ini, ia kadangkala membuatkan pihak bomba mengalami masalah ketika memasuki kawasan kebakaran yang sempit kerana saiz lori itu adalah terlalu besar.
Sebagai contoh pada tahun lalu, kebakaran ladang di Kinabatangan, Sabah yang tidak mempunyai jalan berturap, membuatkan lori bomba tersekat beberapa kali dan ini melambatkan proses memadamkan api.
Selain daripada itu, lori bomba juga kerap mengalami masalah melepasi kesesakan jalan raya yang teruk terutamanya di kawasan tengah bandar.
Lebih-lebih lagi keadaan jalan raya yang sesak di Lembah Klang, setiap saat itu adalah berharga di mana jika terlewat tiba di lokasi, ia boleh menyebabkan mangsa kebakaran gagal diselamatkan.
Menyedari masalah ini wujud, pasukan pertahanan awam Singapura kini menggunakan lori bomba mini yang direka khas untuk kegunaan kawasan bandar.
red-rhino-lf5g-1
Red Rhino LF5G ialah sebuah Isuzu model D-MAX yang diubah suai untuk kegunaan khas di Kota Singa.
Kenderaan bantuan kecemasan ini dibangunkan oleh syarikat tempatan HOPE Technik.
Red Rhino LF5G mampu memuatkan empat orang anggota bomba ataupun lima orang anggota paramedik dan tubuh kenderaan ini diperbuat daripada bahan gentian kaca (karbon fiber) bagi mengurangkan berat.
Pintu juga tidak disertakan bagi memudahkan proses keluar masuk anggota bomba. Kenderaan dengan enjin 2.5 liter 165 kuasa kuda ini turut dilengkapi tangki berisi busa pemadam api serta kelengkapan pemadamam lengkap.
Ia tidak direka untuk menggantikan lori bomba yang sedia ada tetapi sebagai kenderaan bantuan barisan hadapan sebelum ketibaan jentera pemadam api yang lain.

0 Komentar untuk "Kereta D-Max Di Jadikan 'Lori Bomba Mini' Ini Digunakan Di Kawasan Sempit Singapura"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info