Powered by Blogger.

KALAU TERLALU MELEBIH-LEBIH ‘Smartphone’ Dijangka Mati Dalam Tempoh Lima Tahun?

OSLO – Satu laporan oleh pakar telekomunikasi Sweden, menunjukkan telefon pintar boleh dikatakan hampir mati dalam tempoh lima tahun akan datang kerana tidak akan digunakan lagi.

Ramai pakar teknologi meramalkan bahawa alat moden yang pintar seperti jam tangan Apple perlahan-lahan akan mula menggantikan telefon pintar – walaupun beberapa pakar tidak mengharapkan perubahan berlaku secepat itu.

“Mempunyai telefon pintar di tangan benar-benar perkara yang tidak praktikal. Sebagai contoh, apabila seseorang itu memandu kereta atau memasak.

“Dan terdapat banyak keadaan di mana paparan skrin tidak begitu baik.

“Oleh itu, satu daripada dua orang berfikir bahawa telefon pintar tidak akan mendapat sambutan dalam masa lima tahun lagi,” kata Rebecka Cedering Angstrom dari Ericsson ConsumerLab.

Laporan kajian dikeluarkan selepas 100,000 responden di Sweden dan 39 negara lain disoal berkenaan telefon pintar, di mana kebanyakan orang ramai memberi komen bahawa kegilaan terhadap telefon pintar terlalu ‘melebih-lebih’. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "KALAU TERLALU MELEBIH-LEBIH ‘Smartphone’ Dijangka Mati Dalam Tempoh Lima Tahun?"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info