Powered by Blogger.

SANGGUP DEMI WANG!! Penyerang Terima AS$28,000 Sebelum Lancar Serangan – FBI

WASHINGTON: Pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini sedang menjalankan siasatan berhubung wang berjumlah AS$28,000 (RM119,532) yang telah didepositkan ke dalam akaun Syed Rizwan Farook, 28, dan isterinya, Tashfeen Malik, 27.

Menerusi laporan Mail Online, wang berkenaan telah dimasukkan secara dalam talian, dua minggu sebelum insiden tembakan rambang di California berlaku.
Farook dilaporkan telah meminjam wang berkenaan dari perkhidmatan pinjaman yang berpangkalan di San Francisco. Laporan ini sekali gus memberi petunjuk baharu kepada FBI.
Sebanyak 14 nyawa terkorban manakala 21 lain dilaporkan cedera setelah terlibat dalam peristiwa tembakan rambang yang dilepaskan di pusat OKU di Inland Regional Center, San Bernardino, California baru-baru ini.
Kedua-dua suspek yang merupakan pasangan suami isteri telah ditembak mati oleh pihak berkuasa tidak lama selepas serangan dilancarkan.
0 Komentar untuk "SANGGUP DEMI WANG!! Penyerang Terima AS$28,000 Sebelum Lancar Serangan – FBI"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info