Powered by Blogger.

GEMPAR!! 'Jangan percaya khabar angin'

Kuala Lumpur: Keluarga seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, menafikan pelakon dan pengarah itu meninggal dunia seperti yang tersebar di Internet sejak pagi ini.
Anak bongsunya, Putera Hang Nadim, 24, ketika dihubungi berkata, perkara ini tidak benar dan sangat mengejutkan kerana bapanya masih dalam keadaan sihat di rumah mereka di Hulu Klang, di sini.
"Memang saya terkejut kerana awal-awal pagi lagi orang sudah menelefon bertanyakan perkara ini. Saya ingin katakan di sini ia tidak benar sama sekali.
"Ayah berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di rumah. Jangan percaya khabar angin yang tersebar melainkan berita yang keluar daripada mulut kami sendiri," katanya.
Jins yang juga bekas senator dan menghidap Alzheimer sejak empat tahun lalu kini hanya menghabiskan masa di rumahnya.

STATUS Facebook yang viral.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! 'Jangan percaya khabar angin'"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info