Powered by Blogger.

MAS diberi amaran pertama

Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan MAS menerima amaran pertama kerana kegagalan memastikan penumpang membabitkan perjalanan dari Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen baru-baru ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri l Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, amaran berkenaan sebagai peringatan kepada syarikat penerbangan supaya mematuhi peraturan Imigresen.
"Saya difahamkan pesawat MH741 yang membawa 135 penumpang terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca buruk tetapi hanya 32 penumpang termasuk lima kru diperiksa Imigresen.
"Selebihnya 103 orang ditukarkan menaiki pesawat lain tanpa menjalani sebarang pemeriksaan Imigresen tiba di KLIA sebagai penumpang domestik.
"Saya memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan yang membawa penumpang antarabangsa supaya mematuhi undang-undang negara kerana ini juga membabitkan isu keselamatan,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Asean: Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan di sini, hari ini.
0 Komentar untuk "MAS diberi amaran pertama"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info