Powered by Blogger.

Emma Maembong mahu saman demi maruah!

Kuala Lumpur: “Disebabkan perkara ini, banyak persepsi negatif timbul sehingga mengaibkan saya malah keluarga menggesa supaya ambil tindakan undang-undang,” kata Emma Maembong ketika diminta mengulas artikel mengenai dirinya yang dikatakan membeli alat ujian kehamilan.
Pelakon berusia 23 tahun itu terkilan apabila perkara yang dikongsi atas dasar kawan lima bulan lalu disensasikan sebuah portal hiburan.
“Memang kecoh di aplikasi WhatsApp keluarga saya selepas artikel ini disiarkan. Saya kecewa kerana hal ini dikongsi atas dasar kawan dan tidak sangka pula keluar artikel dengan tajuk begitu,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Tersuka Tanpa Sengaja di sini semalam.
Terdahulu artikel berjudul ‘Kecoh Emma Maembong Beli Alat Uji Hamil’ mengundang tanda tanya banyak pihak.
Emma berkata, dia tidak faham kenapa artikel terbabit baru kini disiarkan sedangkan perbualan antaranya dan pihak berkenaan sudah lama berlangsung.
“Ketika itu, saya beritahu saya yang beli alat ujian kehamilan untuk kakak saya, Yaya yang kini sudah lima bulan hamil.
“Kalau cerita ini keluar pada waktu itu, Yaya baru mengandung tetapi kenapa sekarang baru nak disiarkan? Tidakkah ia mengundang pelbagai tanggapan negatif terhadap saya?” katanya.
Tegas Emma lagi, keluarganya sudah berbincang dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang kerana ia membabitkan maruah.
“Keluarga saya bercadang mahu ambil tindakan undang-undang. Bagi mereka, perkara ini sangat memalukan tetapi atas dasar kawan, saya tidak mahu sampai ke tahap itu,” katanya.

EMMA Maembong
0 Komentar untuk "Emma Maembong mahu saman demi maruah!"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info