Powered by Blogger.

Kuro-Tamago: Telur Rebus Hitam Ini Bisa Panjangkan Hayat?

OWAKUDANI, atau juga dikenali sebagai ‘Lembah Didihan Besar’ merupakan sebuah kawah gunung berapi yang terbentuk 3,000 ribu tahun lalu semasa gunung berapi Hakone meletus.

Letusan yang amat dahsyat itu seterusnya menghasilkan kawasan tadahan air panas semulajadi yang tinggi kadar kandungan sulfurnya. Kini, ratusan ribu pengunjung datang ke Owakudani setiap tahun untuk melihat, berendam dalam kolam ‘onsen’ atau spa air panas, juga untuk menikmati sejenis makanan istimewa lembah itu yang digelar ‘Kuro-Tamago’ atau telur hitam.
Kuro-Tamago sebenarnya hanyalah telur ayam biasa yang direbus dalam kolam air panas di situ. Oleh kerana kandungan sulfur hidrogennya yang tinggi, tindakbalas kimia antara air panas dengan kalsium karbonat yang terdapat pada kulit telur menjadikannya hitam legam seperti arang.
Japan-Trip-2012-vol-3-22
Cara telur-telur direbus juga unik– beberapa ratus biji telur direbus sekaligus di dalam kolam air panas yang terletak di puncak sebuah bukit, sebelum direndam ke dalam air gunung yang bersuhu 80˚C selama satu jam. Proses rumit tidak terhenti di situ. Seterusnya, telur-telur akan dikukus pula pada suhu 100˚C selama 15 minit.
Bagaimanapun, jangan gusar kerana telur rebus ini masih boleh dimakan, bahkan dikatakan mampu menambahkan hayat seseorang sehingga 7 tahun!
Dari sudut rasa dan warna pula, pengunjung yang pernah mencuba Kuro-Tamago berkata telur rebus ini mempunyai rasa yang lebih ‘pekat’ dan lemak berkrim daripada telur rebus biasa.
Pengunjung yang ingin ke kawasan pelancongan unik ini mempunyai pilihan sama ada berjalan kaki selama 15 minit ke puncak bukit di lembah Hokane itu ataupun menaiki kereta kabel merentasi Tasik Ashi.
Sesampainya di puncak, bolehlah anda nikmati telur rebus panas-panas sambil melihat keindahan permandangan sekitar yang berhadapkan Gunung Fuji.
Telur rebus hitam Owakudani ini sungguh terkenal di seluruh Hakone dan dijual pada harga 500 Yen untuk lima biji. RM17 untuk tambahan hayat selama 35 tahun?
Okay, kami nak ke sana sekarang!
0 Komentar untuk "Kuro-Tamago: Telur Rebus Hitam Ini Bisa Panjangkan Hayat?"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info