MARSHA Milan Londoh khabarnya bakal mengakhiri zaman bujangnya bulan Januari hadapan, adakah benar atau gosip semata-mata?
Terbaharu kad undangan perkahwinannya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Shaiful Nizam telah tersebar di forum Cari. Menerusi tarikh yang tertera pada kad tersebut, Marsha bakal mendirikan rumah tangganya pada tanggal 8 Januari hadapan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Pasti ramai yang teruja mengenai berita perkahwinan penyanyi dan pelakon kelahiran Sabah ini namun, tuan empunya diri nampaknya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan berita gembira ini.
Sebelum ini, Marsha mengunci rapat mulutnya berhubung isu dia telah memeluk Islam. Dalam kenyataannya sebelum ini, dia hanya berkata “Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya”
Tambahnya lagi, “Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan,”
Walauapapun, sekiranya benar beliau akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Marsha dan bakal suaminya.
0 Komentar untuk "MENARIK!! Marsha Bakal Akhiri Zaman Bujang Januari Hadapan?"