Powered by Blogger.

GEMPAR!! Wanita 20-an Mati Tergantung Di Dahan Pokok Getah

ALOR GAJAH – Seorang wanita ditemui mati tergantung di dahan pokok getah di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Paya Rumput di sini, awal pagi tadi.

Mayat wanita berusia 20-an dan berpakaian lengkap itu ditemui pemilik ladang getah berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi ketika hendak menoreh getah, sebelum menghubungi polis.
Jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama dengan mayat mangsa.
“Pemilik ladang getah itu mulanya menyangkakan objek yang tergantung itu patung, namun mendapati ia adalah seorang wanita selepas mendekatinya.
“Siasatan juga mendapati, tiada sebarang kesan luka pada badan wanita itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan setakat tengah hari tadi polis tidak menerima sebarang laporan kehilangan ahli keluarga.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Wanita 20-an Mati Tergantung Di Dahan Pokok Getah"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info