Powered by Blogger.

GEMPAR!! 3 Maut Teguk Arak Buatan Sendiri Di Indonesia

Kota Tasikmalaya (Indonesia) – Tiga penduduk di bandar ini maut dan dua lagi terpaksa dirawat di hospital selepas minum arak buatan sendiri.
Kejadian berlaku selepas semua mangsa makan malam bersama di sebuah gerai di bandar ini pada Khamis lalu sebelum berpesta arak.
Polis berkata, semua mangsa membeli arak itu dari sebuah kedai berhampiran sebelum mencampurkannya dengan minuman ringan.
“Pada keesokan harinya semua mangsa dilaporkan muntah-muntah dan pengsan di rumah masing-masing,” katanya.
Menurutnya, seorang mangsa berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia ketika berada di rumah manakala dua lagi menghembus nafas terakhir di hospital.
“Dua lagi penduduk masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” jelasnya.
Menurutnya, polis sedang mengesan individu yang membuat dan menjual arak berkenaan.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! 3 Maut Teguk Arak Buatan Sendiri Di Indonesia"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info