Powered by Blogger.

GEMPAR TAPI ADALAH PALSU!! Orang Utan Bunting Kena Perkosa! Berita Palsu

RAMAI pembaca terkejut ‘beruk’ dengan berita berkenaan seekor orang utan yang hamil akibat diperkosa oleh seorang penjaga zoo seperti yang dilaporkan berlaku di Zoo Surabaya, Indonesia baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, dipercayai sumber berita utama yang melaporkan perkara aneh itu, sebenarnya adalah sebuah portal parodi yang sering mengada-adakan cerita pelik waima ia tidak pernah berlaku pun.
Berita berkenaan telah dimuat naik oleh World News Daily Report yang lazim dikenali sebagai portal berita satira kerana sentiasa menghidangkan kisah sensasi dan kadang kala secara realiti ia tidak pernah terjadi.
Portal berpusat di Britain itu dikatakan gemar mereka-reka cerita unik yang tidak masuk akal, demi meraih view tinggi daripada pembaca di seluruh dunia dan menjadi rujukan kebanyakan media antarabangsa lain.
Hakikatnya cerita itu disahkan sebagai palsu oleh ketua Zoo Surabaya, Heri Purwanto ketika dihubungi sendiri akhbar berpengaruh Indonesia, The Jakarta Post setelah laporan tersebut menjadi viral di seluruh dunia.
“Ia memang berita rekaan tidak berasas malah kami tidak pernah ada pelihara orang utan betina yang bernama Marilyn dan pengarah zoo ini juga bukan bernama Abdoel Hakim,” jelas beliau. 
Untitled
0 Komentar untuk "GEMPAR TAPI ADALAH PALSU!! Orang Utan Bunting Kena Perkosa! Berita Palsu "

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info