Powered by Blogger.

Cristiano Ronaldo Labur Mewah Beli 4 Hotel Butik

LISBON – Bintang bola sepak sensasi Portugis, Cristiano Ronaldo mengembangkan lagi empayar perniagaannya melalui pelaburan sebanyak AS$40 juta (RM171 juta) untuk membeli empat buah hotel butik di tiga buah negara.
Hotel-hotel berkenaan terletak di negara kelahirannya sendiri, Portugal, selain Madrid, ibu kota Sepanyol serta New York, Amerika Syarikat (AS), menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP  di sini pada Jumaat.
Kesemua hotel tersebut bakal bernaung di bawah jenama ‘CR7’ yang sekarang ini dikongsi oleh perniagaan pakaian dan produk wangian eksklusif milik pemain kelab elit Sepanyol, Real Madrid serta kini berusia 30 tahun itu.
Meskipun industri perhotelan antarabangsa kini agak tidak menentu dengan lebih banyak penggabungan hotel besar, Ronaldo mampu menanggung risiko itu kerana aset harta peribadinya pun lebih daripada cukup mewah.
ronaldo hotel1
Dengan anggaran kekayaan bernilai lebih AS$200 juta (RM857 juta), bintang bola sepak itu menceburi bidang perhotelan sebagai membuat persiapan dirinya sendiri sebelum menempuh persaraan daripada arena sukan.
Awal bulan lalu, Ronaldo dilaporkan sanggup berbelanja besar sehingga 19 juta euro (kira-kira RM83.2 juta) untuk membeli sebuah jet peribadi eksklusif jenama Gulfstream model G200 keluaran firma aeroangkasa terkenal AS.
Beliau turut memiliki sebuah penthouse atau apartmen mewah berharga AS$18 juta (RM75 juta) terletak di Fifth Avenue, Trump Tower, New York yang dimiliki oleh calon kontroversi Presiden AS pada 2016, Donald Trump.

0 Komentar untuk "Cristiano Ronaldo Labur Mewah Beli 4 Hotel Butik"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info