Powered by Blogger.

Demam Star Wars Kini Melanda laman Facebook!

‘DEMAM’ filem sains fiksyen Hollywood terkenal Star Wars: The Force Awaken semakin memuncak dengan pelbagai aktiviti dijalankan oleh peminat tegar filem tersebut.
Kini sempena tayangan filem episod ketujuh filem itu, laman rasmi Facebook Star Wars telah memperkenalkan fungsi mengubah gambar profil bagi menunjukkan sokongan ‘puak’ manakah pihak penonton.
Seperti yang diketahui, fungsi mengubah gambar profil bagi menyokong kempen tertentu telah sedia diperkenalkan oleh Facebook sejak beberapa bulan yang lalu.
Sekiranya anda mahu menyokong pihak Jedi, sebuah Lightsaber bewarna biru akan muncul pada gambar profil.
starwarss
Lighsaber bermata tiga Kylo Ren pula boleh diletakkan sekiranya anda menyokong pihak Sith.
Gambar profil ini akan berubah secara gambar profil lama dalam masa sejam, sehari, seminggu atau kekal selama-lamanya mengikut kehendak pengguna.
Sekiranya anda mahu menunjukkan anda salah seorang peminat filem Star Wars di Facebook, sila pergi ke pautan di bawah untuk melakukannya sekarang.-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Demam Star Wars Kini Melanda laman Facebook!"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info