LAPAN pelancong Mexico ‘mati katak’ apabila mereka telah disalah sangka sebagai pengganas oleh pihak tentera Mesir, semalam.
Kejadian berlaku apabila tapak perkhemahan yang diduduki 22 pelancong diserang menerusi tembakan udara apabila mereka telah disalah anggap sebagai pengganas yang mencerobohi kawasan Western Desert.
Empat pelancong tempatan dipercayai turut terbunuh sementara lapan daripada mereka cedera.
Pihak yang bertanggungjawab menembak menyifatkan insiden itu sebagai satu kemalangan yang tak dijangka sama sekali.
Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang mengorbankan rakyatnya itu dengan menulis di laman mikro Twitter.
“Mexico mengutuk keras serangan terhadap rakyat kami dan kami menuntut penyiasatan lanjut dijalankan untuk mendapatkan pembelaan bagi mereka,” luah Enrique.
0 Komentar untuk "SEDIH!! Disalah Anggap Pengganas, 8 Pelancong Mexico Ditembak Mati"