Powered by Blogger.

Menarik! Seluar Jeans Boleh Tapis Bau Kentut Diperkenalkan

MASYARAKAT kini tidak perlu lagi merasa gusar serta berasa tidak selesa jika mahu membuang angin atau kentut di khalayak ramai.
Mengapa? Ini kerana sebuah syarikat yang berpangkalan di England, Shreddies telah memperkenalkan serta menghasilkan seluar jeans yang boleh menapis bau kentut yang kurang menyenangkan.
Sebenarnya penghasilan seluar seperti ini telah dilancarkan sejak tahun 2013 lagi dan kini syarikat itu ingin meluaskan penghasilan dengan memfokuskan seluar jeans serta pakaian tidur.
shreddies
Mungkin sesetengah orang merasakan perkara itu pelik namun hasil kreatif ini sememangnya laris dan mendapat perhatian masyarakat di sana.
Dihasilkan dengan lapisan karbon aktif yang dibuat daripada Zortex, ia mampu menyerap serta neutralisasikan bau-bauan yang kurang menyenangkan dan bahan tersebut akan diaktifkan semula setiap kali dibasuh.
Syarikat itu menyatakan seluar yang dihasilkan itu boleh menapis 200 kali lebih kuat daripada ‘gas’ yang dilepaskan.
“Lapisan karbon itu diletakkan di bahagian bawah tali pinggang hingga di atas lutut yang boleh melindungi bau busuk yang dilepaskan,” kata pengurus syarikat itu, Richard Wolley.
Lepas ini masyarakat di sana bolehlah membuang angin di merata-rata tempat tanpa segan, cuma terpaksa kawal bunyi kentut itu supaya tak kantoi
0 Komentar untuk "Menarik! Seluar Jeans Boleh Tapis Bau Kentut Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info