Powered by Blogger.

GEMPAR!! Video: Amukan Lelaki Di JPJ Cetus Kontroversi

RAKAMAN amukan seorang lelaki berusia lingkungan lewat 30’an di bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berang akibat keretanya masih ‘hidup’ meskipun telah disita menimbulkan persoalan mengenai ketelusan jabatan tersebut.

Menerusi video yang kini giat dikongsikan di laman Facebook, rata-rata netizen menyokong perbuatan lelaki tersebut meskipun kebanyakan mereka sedar perbuatan mengeluarkan kata-kata kesat seperti mencemuh adalah salah di sisi undang-undang.
Menurut lelaki berkenaan, kereta miliknya telah disita oleh JPJ pada 2001 atas kesalahan pengubahsuaian enjin yang tidak dibenarkan.
Namun dia mempersoalkan mengapakah kenderaannya masih diguna pakai oleh pemandu lain meskipun telah disita yang mana boleh mengakibatkan namanya jadi ‘taruhan’ sekiranya pengguna lain yang melakukan kesalahan.
Bila saya nak renew roadtax, datang ke JPJ mereka kata tak boleh. Puncanya? Mereka juga tak tahu dan menyuruh saya pergi ke balai. Balai pula kata tak ada masalah. Datang semula ke JPJ, turun naik turun naik dari jam 11 pagi sehingga 4 petang.
Akhirnya saya dimaklumkan bahawa punca sebenarnya roadtax kereta saya tidak dapat direnew kerana kereta saya yang telah dilupuskan pada tahun 2001 masih berada di atas jalan raya.
JPJ yang menyita kereta saya dan sepatutnya kereta itu dilupuskan serta merta dan clearkan nama saya. Tetapi JPJ tidak berbuat demikian.
Macam mana JPJ boleh keluarkan kereta ini balik sedangkan ia telah disita pada tahun 2001 dan sepatutnya telah dilupuskan? Saya mempunyai maklumat individu yang memandu kereta ini dan saya telah memohon Pengarah JPJ cawangan berkenaan menahan individu tersebut, namun mereka memberikan alasan bahawa mereka tiada kuasa. Tanya polis, pun tak ada kuasa. Jadi siapa yang ada kuasa?
“Kalau kereta ini dia guna untuk bawa dadah ke, apa ke, polis akan menangkap saya dan masukkan dalam lokap selama 14 hari. Siapa nak duduk dalam lokap 14 hari? Apa JPJ buat? Ini berkaitan dengan soal nyawa saya.
“Sudahlah kereta disita pada tahun 2001, bayaran kereta sebanyak RM78,000 pula saya terpaksa bayar pada pihak bank dan kini JPJ pula menimbulkan masalah ini yang menyebabkan saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan? JPJ buat apa?” Ujarnya.
Perkara ini membuatkan netizen menunding jari ke arah pihak di JPJ yang seakan tidak amanah di dalam menjalankan tugas sehingga terjadi kekecohan begini.
Bagaimanapun, laman rasmi Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia semalam tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki terbabit.
Menurut jabatan itu lelaki terbabit dikatakan bersalah disebabkan nombor kad pengenalannya telah disenaraihitamkan oleh PDRM dari memperbaharui lesen atas kesalahan tidak memasang lampu motosikal di siang hari pada tahun 2012.
Manakala senarai hitam JPJ hanya ke atas kenderaan yang pernah disita pada tahun 2003 yang dilarang dari dilesenkan.
Pengadu juga dikatakan tidak pernah membuat aduan atau pertanyaan kepada bahagian khidmat pelanggan JPJ Pulau Pinang berkaitan masalah yang dihadapi sepanjang tempoh 26 November 2015 hingga 29 Disember 2015.
Namun apa yang mengejutkan ialah menerusi laporan Bernama, pengadu terbabit akan didakwa oleh pihak Polis berkaitan kesalahan melakukan kekecohan di bangunan awam dan akan dituduh di Mahkamah Majistert Georgetown esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fardalathrash Wahid, lelaki tersebut telah ditahan untuk diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu,” katanya.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Video: Amukan Lelaki Di JPJ Cetus Kontroversi"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info