Powered by Blogger.

Memadu asmara di tempat awam (Gambar 5)

Memadu asmara di tempat awam
Memadu asmara di tempat awam Pasangan kekasih yang dirakam ketika memadu asmara di Padang Kota Lama. GEORGETOWN - Gelagat pasangan kekasih yang memadu asmara di tempat awam termasuk di Padang Kota Lama mengundang rasa tidak selesa pengunjung di kawasan berkenaan. Seorang pengunjung, Nur Hidayah Azemi, 35, berkata, baru-baru ini dia ada terserempak dengan sepasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di Padang Kota Lama. Menurutnya, kerana terlalu geram dengan pasangan berkenaan yang tidak segan silu melakukan perbuatan itu, dia bertindak memuat naik gambar perlakuan pasangan terbabit di laman sosial. "Ketika itu, wanita berkenaan duduk di atas riba kekasihnya dan berpeluk tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu di situ. "Malah waktu itu, saya yang keluar bersama anak terpaksa menutup pandangan mereka bagi mengelakkan mereka melihat perbuatan tidak senonoh itu," katanya. Nur Hidayah turut meluahkan rasa kecewanya kerana orang ramai tidak menegur perbuatan tidak sopan pasangan berkenaan. "Selain di Padang Kota Lama, kejadian seumpama ini juga turut berlaku di beberapa lokasi awam lain. "Oleh itu, saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap pasangan kekasih yang berkelakuan seumpama itu," katanya. Sementara itu, Rahmat Satar, 43, pula berkata, dia juga kesal dengan perbuatan remaja yang sering memadu asmara di tempat awam. Katanya, kejadian sebegini sering berlaku pada waktu musim cuti persekolahan. "Jadi kalau boleh ibu bapa yang ada anak remaja sila pantau anak-anak mereka,” katanya. Malah tinjauan Sinar Harian juga mendapati pesisir pantai Queensbay Mall dan sepanjang perairan Seagate turut menjadi pilihan pasangan kekasih. Sementara itu, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berkelakuan tidak sopan mengikut Seksyen 29 di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang. Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.




0 Komentar untuk "Memadu asmara di tempat awam (Gambar 5)"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info