Powered by Blogger.

Lans Koperal Parah Tergelincir Dari Tingkat 3 Kuaters Polis

SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di Jalan Lone Pine, Paya Terubong, Georgetown, Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.
Memetik Berita Harian, mangsa, Mohd Azrell Zainal Abidin terjatuh akibat tergelincir ketika cuba memasuki rumahnya.
Sumber berkata mangsa cuba memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal di dalam kediamannya.
Namun, nasib tidak menyebelahi mangsa apabila dia dikatakan gagal mengimbangkan badannya dan tergelincir ketika berbuat demikian.
“Mangsa memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal dalam rumahnya, selain isterinya sedang berkursus di Kuala Lumpur,” kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian terbabit. 
0 Komentar untuk "Lans Koperal Parah Tergelincir Dari Tingkat 3 Kuaters Polis"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info