CARTAGENA: Pihak berkuasa tempatan di sini mengumumkan menemui sejumlah harta karun yang dianggarkan bernilai sekitar AS$2 bilion (RM8.4 bilion) selepas berjaya menemui rangka kapal Sepanyol yang karam pada Jun 1708.
Rangka kapal tersebut merupakan kapal San Jose milik armada Raja Philip V telah digunakan untuk menentang Britain pada tahun tersebut. Ianya karam berhampiran Islas de Rosario, persisir pantai Colombia.
“Ia penemuan harta karun paling bernilai pernah ditemui dalam sejarah kemanusiaan,” kata Presiden Juan Manuel Santos di bandar pelabuhan Cartagena berhampiran tempat penemuan harta berkenaan, semalam.
Selama ini, kapal tersebut yang disifatkan sebagai ibu segala kapal, telah menjadi buruan pemburu harta karun sejak puluhan tahun lalu kerana terkenal dengan nilai harta yang terkandung di dalamnya.
Menurut Sea Search Armada yang berpejabat di Amerika Syarikat (SSA), nilai sebenar harta yang ditemui sepatutnya jauh lebih tinggi namun jatuh mendadak disebabkan kejatuhan harga perak.
Sebelum ini juga, SSA pernah bertelingkah dengan kerajaan Colombia bagi menentukan hak ketuanan terhadap kesemua harta karun berkenaan. Ini kerana pihak SSA mendakwa mereka telah berjaya menemui rangka kapal itu yang terdampar sekitar tahun 1980-an.
0 Komentar untuk "GEMPARR!! Harta Karun Bernilai RM8.4 Bilion Ditemui"