PELAKON dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer antara selebriti gempal yang sanggup bergambar separuh bogel untuk kalendar Pirelli keluaran 2016.
Amy, pelakon bersaiz gemuk tampil yakin mendedahkan perutnya yang berlapis untuk menunjukkan self empowerment kepada peminatnya yang berasa kekurangan dengan tubuh badan mereka.
Selain Amy, antara selebriti lain yang terlibat ialah bintang tenis terkemuka dunia Serena Williams dan isteri mendiang John Lennon, Yoko Ono.
Kesemua gambar selebriti itu dibidik jurufoto profesional, Annie Liebovitz yang turut bertanggungjawab mengambil gambar bagi kesemua 43 edisi kalendar Pirelli yang dihasilkan khas bagi meraikan wanita yang berjaya dalam karier masing-masing.
0 Komentar untuk "PELIK!! Selebriti Gemuk Separuh Bogel Jadi ‘Gadis Kalendar’ 2016"