Kota Belud: Dua lelaki dan seorang wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung bas ekspres menyebabkan kedua-dua kenderaan terhumban ke gaung di Jalan Kiau-Ranau, berhampiran Bundu Tuhan, kira-kira jam 3.40 petang tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud Asisten Superintendan Jamzami Jubin berkata, mangsa yang maut ialah wanita berusia 49 tahun dan dua lelaki, masing-masing berusia 26 serta 39 tahun.
"Dua dua mangsa kemalangan itu cedera parah dan lebih 10 lagi mengalami kecederaan ringan.
"Setakat ini semua mangsa yang maut ialah penumpang kereta jenis Proton Saga," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Jamzami berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Ranau, Tuaran dan Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.47 petang.
"Bas ekspres membawa 25 penumpang termasuk pemandu, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu apabila ia bertembung dengan Proton Saga dari arah bertentangan.
"Pertembungan ini menyebabkan kedua-dua kenderaan terhumban ke gaung sedalam 60 meter," katanya.
Nordin berkata, semua mangsa maut akibat tersepit dalam kereta yang remuk.
[01/12 5:29 pm] Alias ATF: Maklumat yg sedih, sesiapa keluarga yg menaiki bas bumi mas sila semak keluarga , kerana terlibat kemalangan teruk di ranau terjatu ke gaung dan melibatkan banyak mangsa...
[01/12 5:29 pm] Alias ATF: Assalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa,
YS Pengarah,Timbalan Pengarah,Penolong Pengarah Operasi Negeri,Tuan-tuan dan Puan-puan.
Maklumat insiden kes seperti butiran berikut:
Tarikh = 01/12/2015(Selasa)
Jenis Kes = Bas Ekspress Jatuh Gaung
Alamat Kejadian = Jalan Kiau - Ranau
Masa Panggilan = 15:47:27 (MERS 999)
Jentera Tiba Dilokasi = 16:45:00 (Vigo BBP Ranau)
Ketua Operasi = PBK II Mahmud Jumadi (KBB22)
Maklumat Kejadian = Menurut pemanggil En Hafiz yang juga mangsa di tempat kejadian kes melibatkan bas ekspress Salam BumiEmas dari Tawau ke Kota Kinabalu telah jatuh gaung di alamat Kiau-ranau selepas Bundu Tuhan. maklumat dari syarikat bas terdapat 25 orang penumpang dari Tawau bersama 2 orang pemandu dan 1 orang kondukter bergerak dari Tawau ke Kota Kinabalu. Maklumat terkini belum dipastikan dan operasi masih berjalan.
Kekuatan Pasukan Bomba :
Balai Bertindak : BBP Ranau (KB 22 = 1 orang, KB 17 = 8 orang)
Jentera EMRS = BBP Lintas (KB 17 = 2 orang)
BBP Tuaran (KB17 = 5 orang)
BBP Kota Belud (KB 17 = 5 orang)
STORM = 15 orang diketuai oleh PgKBII Ismail Ghani
Maklumat terkini akan dihantar dari masa ke semasa. sekian
salah seorang mangsa kemalangan
0 Komentar untuk "TERKINI!! Kemalangan Ngeri!! Bas Express Terjunam Ke Gaung!!"