SEORANG wanita dipercayai tergamak menyembelih dua anaknya yang berusia dua tahun empat bulan dan enam tahun hingga mati di rumah kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mayat kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dua bilik tidur.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga lain.
“Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” kata sumber itu.
0 Komentar untuk "Sadis! Ibu Sembelih Dua Anak Sendiri Di Sungai Petani"