Powered by Blogger.

20 saksi dipanggil beri keterangan kes Tuhan Harun

Kuantan: Sekurang-kurangnya 20 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam kes ketua ajaran sesat Tuhan Harun dan lima pengikutnya yang didakwa berkonspirasi dan membunuh Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek di di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai semalam.
Dalam prosiding semalam, dua saksi pendakwaan dipanggil iaitu Penolong Penyelia Stor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Koperal Najib Warsin dan jurugambar polis Lans Koperal Wan Saufi Wan Shaari.
Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan Farahah Mohd Nazari, manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Harun, 48, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38; dan tiga lagi pengikutnya, Jefferi Safar, 37, Sumustapha Suradi, 39, serta Shamsinar Abdul Halim, 37, bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka untuk membunuh Ahmad Raffli.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, jam 1.50 tengah hari 10 November tahun lalu.
Manakala, Shamsinar bersama Sumustapha dan seorang lagi yang masih bebas juga turut didakwa membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa sama.


Related Post

  • Isteri di luar, suami di tilam Nilai: Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan o…
  • Mayat mula busuk, reput Shah Alam: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam kekurangan oksigen berkemungkinan membawa kematia…
  • Cinta bodoh Alor Gajah: Bukan saja hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya berkecai, malah seorang kontraktor perumahan kerugian RM…
  • Bai Jing mati dibunuh suami BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di…
  • Masih hidup SEMPORNA: Anggota polis Marin, Konstabel Zakia Aliep, 26, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan…
0 Komentar untuk "20 saksi dipanggil beri keterangan kes Tuhan Harun"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info