Powered by Blogger.

Tiada hati perut

Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menanggung azab apabila bukan saja dipukul dengan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang, malah turut ditumbuk dan kepalanya dihentak pada kerusi kayu di Paya Rumput, di sini.
Bagaimanapun, penderitaan yang dialami mangsa selama lebih tiga bulan dipercayai didera bapanya dan teman wanita lelaki itu berakhir apabila nenek angkat kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis pada 30 September lalu selepas tidak tahan melihat nasib menimpa mangsa yang dipukul setiap hari. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.15 malam itu, kekasih bapanya berusia 31 tahun seolah-olah naik hantu apabila didakwa memukul mangsa menggunakan getah paip dan menghentak kepalanya pada kerusi kayu hanya kerana dikatakan gagal menjaga anak lelaki wanita itu yang berusia dua tahun sehingga terjatuh dan menangis. 

Nenek angkat mangsa, Hanisah Abdullah, 55, berkata, wanita yang juga anak angkatnya itu dan bapa mangsa berusia 36 tahun tinggal di rumahnya di Paya Rumput sejak Julai lalu, dengan membawa kanak-kanak berkenaan serta anak lelakinya berusia dua tahun selepas berpindah dari Masai, Johor.
Foto
HANISAH memegang cucu angkatnya yang cedera didera.

“Ketika awal mereka berpindah ke sini, saya melihat tangan kanan mangsa berbalut simen dan apabila ditanya, anak angkat saya mengatakan kanak-kanak itu terjatuh di tangga, tetapi mangsa memaklumkan kepada saya bahawa tangannya patah kerana dipukul.

“Pada awalnya tiada benda pelik berlaku, namun seminggu selepas Aidilfitri, anak angkat saya mula sering memukul mangsa hanya disebabkan perkara kecil termasuk ketika makan dan duduk menonton televisyen,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. 

Dakwanya, lebih malang bukan saja menjadi mangsa pukul wanita itu, kanak-kanak berkenaan turut sering dipukul bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sehingga mengakibatkan mangsa sentiasa dalam ketakutan setiap kali melihat pasangan berkenaan. 
0 Komentar untuk "Tiada hati perut"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info