Kuala Lumpur: “Tiga minggu pertama selepas kejadian, Muhammad Haziq Huzaimi Mohd Yusof, 13, menangis tiga jam setiap kali kaki kirinya yang melecur teruk dicuci.
“Ini kerana sebahagian besar daripada kulit daripada pangkal paha hingga ke buku lalinya tiada,” kata Mohd Yusof Miskon, 61, pesara, di Parit Yusof Semerah, Batu Pahat, Johor.
Menceritakan kembali kejadian, Mohd Yusof berkata, anaknya, Muhammad Haziq yang juga orang kelainan upaya (OKU) menyalakan pelita di halaman rumah pada petang Ramadan kelima apabila rakannya tersepak mangkuk berisi petrol yang diletakkan di atas tanah.
“Secara tiba-tiba, api dalam bekas mangkuk itu menyambar kakinya sehingga melecur teruk.
Lebih malang, ketika kejadian, dia memakai seluar trek sukan.
Anak saya cuba bergolek di atas tanah untuk memadamkan api namun gagal.

KEADAAN kaki Muhammad Haziq beberapa minggu selepas kejadian.
“Dia terjun ke dalam parit dan duduk di dalamnya sambil menahan kesakitan sehingga saya sampai ke rumah tidak lama kemudian dan membawanya ke klinik kesihatan di pekan berhampiran,” katanya.
Mohd Yusof berkata, Muhammad Haziq diberi suntikan ubat penahan sakit dan dihantar ke Hospital Batu Pahat dan doktor memutuskan membuang semua kulit yang terbakar daripada pangkal peha hingga hujung kaki anaknya.
“Doktor mengesahkan anak saya mengalami kebakaran tahap keempat.
Di situ, anak saya banyak menangis kerana terlampau sakit dan tidak boleh bergerak.
Selepas berada di wad sebulan, dia dibenarkan keluar.
“Saya bawa dia berubat kampung, tetapi tidak nampak perubahan,” katanya yang memiliki tiga lagi anak.
Mohd Yusof berkata, dia dan keluarga membawa anaknya itu mendapat rawatan di Hospital Pakar Putra, Batu Pahat.
“Doktor di situ menjalankan penampalan kulit dengan mengambil kulit kaki kanan untuk ditampal pada kaki kirinya dengan kos RM14,000.
“Selepas itu, saya perlu membawanya ke hospital sama untuk cuci kulit.
Sekali buat, saya perlu mengeluarkan belanja hampir RM2,000.
Tetapi sebab kehabisan duit, saya bawanya ke klinik berhampiran untuk cuci, tetapi belanjanya juga hampir RM400,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap ada pihak sudi membantu menyumbang memandangkan keluarganya tidak mempunyai wang meneruskan rawatan perubatan anaknya.
“Sehingga kini rawatannya mencecah RM30,000.
Saya terpaksa meminjam hampir RM18,000 dengan saudara-mara.
Pada masa sama, doktor kata anak saya perlu menjalani penampalan kulit dengan kos RM20,000 “Tanpa pembedahan itu, lagi lambat dia akan pulih.
Saya bimbang anak saya yang belajar dalam kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Pekan Baru Parit Yusof kerana masalah pembelajaran ketinggalan kerana masalah itu,” katanya.
Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi Mohd Yusof di talian 017-7295960 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0410029000336295.

0 Komentar untuk "Sengsara kaki hilang kulit"