Petaling Jaya: Kejadian litar pintas menyebabkan ruang pejabat sebuah bank di Kota Damansara di sini, terbakar lebih 80 peratus pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 8.19 pagi semalam, kebakaran dipercayai berpunca daripada alat pendingin hawa pejabat sebelum api merebak ke seluruh ruangan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu tiba di lokasi kejadian pada jam 9.34 pagi.
Menurutnya, kebakaran di tingkat dua bangunan empat tingkat itu menyebabkan kemusnahan pada teruk pada peralatan pejabat itu.
"Antara peralatan pejabat yang musnah adalah almari, peralatan elektrik dan ruang mesyuarat yang turut dijilat api.
0 Komentar untuk "Pejabat bank hangus"