Powered by Blogger.

Suratan takdir van bertembung

Dungun: Seorang maut, dua parah dan sembilan lagi cedera apabila dua van bertembung dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, awal pagi semalam.
Mangsa yang terkorban ialah pemandu van Mohd Azlan Razali, 25, dari FELDA Kerteh 6, di sini, yang parah di kepala dan patah kaki kanan. Mangsa disahkan mati di tempat kejadian.Pemandu sebuah lagi van M Shaktival, 19, kini dalam keadaan kritikal dan rakannya Khisenthiran, 19, juga dilaporkan parah. Kedua-duanya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Sembilan penumpang van yang dipandu Mohd Azlan dilaporkan cedera di muka, kaki dan kepala.
Foto
NORIAH (tengah) ditenangkan ahli keluarga selepas tidak dapat menahan sebak kehilangan anaknya, Mohd Azlan.

Mereka ialah Khairudin Abd Aziz, 39, dari Seberang Tuan Chik, Kuala Terengganu; Izran Sudin, 48, dari Kampung Tengah, Kerteh, Kemaman manakala Mohd Hafsham Musa, 22, Alias Mohamad 25, Mohd Asri Yunus, 25, Ismail Mohamad Nor, 35, Mohd Faizal Yunus, 29, Amran Mohamad, 38 dan Mohd Yusri Yusof, 29, semuanya berasal dari FELDA Kerteh 6.

0 Komentar untuk "Suratan takdir van bertembung"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info