Powered by Blogger.

Kota Setar dilanda puting beliung

Alor Setar: Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.
Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.
"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,"

FOTO puting beliung yang sempat dirakam oleh penduduk setempat. FOTO ihsan pembaca
0 Komentar untuk "Kota Setar dilanda puting beliung"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info