Powered by Blogger.

Lelaki melecur 80 peratus temui ajal

Melaka: Selepas dua hari bertarung nyawa, lelaki yang badannya melecur 80 peratus akibat terkena renjatan elektik di Bachang, minggu lalu, meninggal dunia, tiga hari lalu.
Pengarah Hospital Melaka, Dr Za'aba Baba, berkata lelaki berusia 39 tahun itu meninggal dunia di Unit Rawatan Kebakaran hospital berkenaan, 9.05 malam.
"Pesakit itu meninggal dunia disebabkan masalah kegagalan pelbagai organ dalam. Mayatnya sudah dituntut ahli keluarga keesokkan harinya (Khamis)," katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian kira-kira 1 petang, Isnin lalu, mangsa melecur 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik di Bachang sebelum ditemui orang awam ketika sedang berlari dari kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad ke warung berhampiran dalam keadaan tubuh berasap untuk meminta bantuan.

0 Komentar untuk "Lelaki melecur 80 peratus temui ajal"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info