Powered by Blogger.

Budak OKU nyaris maut ditimpa dahan

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) perempuan berusia 12 tahun dan bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami kecederaan ringan selepas kediaman mereka dihempap dahan pokok dalam kejadian ribut di Kampung Sepakat, Skudai di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Pegawai Bomba Kanan II Jamil Onn berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang.
Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi kejadian dalam tempoh 10 minit.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika seorang wanita bersama dua anak perempuan serta dua bayi jagaan berehat di ruang tamu kediaman berkenaan.
Beliau berkata, akibat angin kencang, dahan pokok besar bersebelahan kediaman berkenaan patah dan menghempap bumbung rumah itu.
"Kanak-kanak OKU dan bayi lelaki itu cedera ringan akibat terkena serpihan atap dan diberikan rawatan di klinik berhampiran," katanya.Johor Bahru: Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) perempuan berusia 12 tahun dan bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami kecederaan ringan selepas kediaman mereka dihempap dahan pokok dalam kejadian ribut di Kampung Sepakat, Skudai di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Pegawai Bomba Kanan II Jamil Onn berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang.
Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi kejadian dalam tempoh 10 minit.
Beliau berkata, akibat angin kencang, dahan pokok besar bersebelahan kediaman berkenaan patah dan menghempap bumbung rumah itu.
"Kanak-kanak OKU dan bayi lelaki itu cedera ringan akibat terkena serpihan atap dan diberikan rawatan di klinik berhampiran," katanya.
KEADAAN rumah yang ditimpa dahan di Kampung Sepakat, Skudai.
0 Komentar untuk "Budak OKU nyaris maut ditimpa dahan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info