Powered by Blogger.

Maut bersama 17 kes

Shah Alam: Seorang penjenayah yang mempunyai 17 rekod jenayah lampau akhirnya 'tersungkur' selepas ditembak mati polis di Persiaran Panglima Hitam, Alam Impian, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek berusia 30-an disahkan meninggal dunia terkena tembakan polis yang mempertahankan diri selepas dia melepaskan dua das tembakan ke arah anggota penguatkuasa.
Sebelum kejadian, suspek dikesan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Taman Sentosa, Klang dalam keadaan mencurigakan.
Semakan nombor pendaftaran Proton Waja dinaiki suspek mendapati ia palsu dan didaftarkan untuk sebuah motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, menyedari diekori polis, suspek memecut kereta dan cuba merempuh polis yang menahannya.
MOHD Adnan (dua dari kanan) menunjukkan senjata yang dirampas.
0 Komentar untuk "Maut bersama 17 kes"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info