Powered by Blogger.

Hampir mati tercekik

Kinshaha: Seorang remaja yang berdepan dengan kemungkinan mati tercekik kerana ketumbuhan sebesar biji bola sepak pada rahangnya berjaya di selamatkan selepas menjalani pembedahan.
Grace, 17, dari Republik Demokratik Congo mungkin mati jika ketumbuhan pada tulang rahangnya terus membesar.Ketumbuhan itu membesar dari tengah tulang rahangnya, hasil pembentukan sel yang biasanya membentuk enamel gigi. 

Bagaimanapun, Grace boleh bercakap dan makan tetapi tepaksa berhenti sekolah kerana malu.
Foto
KEADAAN Grace sebelum menjalani pembedahan.

Sebuah hospital kebajikan, Mercy Ships menawarkan bantuan menjalankan pembedahan selama empat jam untuk membuang ketumbuhan itu, rahang bawah dan giginya selepas hospital tempatan gagal membantu.

Grace menderita akibat ketumbuhan itu sejak 10 tahun lalu.

“Ia mula bengkak sedikit saja tetapi lama-kelamaan ia membesar. 

“Kami ke hospital tetapi doktor tidak tahu apa yang hendak dilakukan,” kata Grace.

Ibunya, Christine berkata, pihak hospital tempatan hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.

Penderitaan yang dialami Grace itu disiarkan di Internet dan seorang pembaca mengesyorkan dia meminta bantuan Mercy Ships yang mengendalikan hospital kapal terbesar di dunia - Africa Mercy - yang menyediakan perkhidmatan kecemasan secara percuma kepada pesakit yang amat memerlukan.

Kehidupan Grace berubah sama sekali selepas pembedahan itu.

Dengan keyakinan baru yang diperolehnya, Grace berharap untuk mengikuti kursus perubatan dan menjadi jururawat supaya dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sepertinya pada masa depan.

“Saya ingin bekerja secara sukarela dengan Mercy Ship, untuk membantu orang ramai,” katanya.
0 Komentar untuk "Hampir mati tercekik"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info