Powered by Blogger.

Rebah muntah darah

Muar: Seorang wanita secara tiba-tiba muntah darah dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika berjalan ke arah kereta yang diletakkan di stesen minyak di Taman Pagoh Jaya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ana berusia lingkungan 40-an yang dipercayai hamil keluar dari tandas dan menuju ke kereta yang dikatakan dipandu seorang rakan.Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata, dia sedang mengisi minyak di stesen itu sebelum orang ramai terkejut melihat kejadian berkenaan.

Katanya, dia difahamkan wanita itu bersama rakannya datang ke Muar atas urusan perniagaan dan dalam perjalanan ke Johor Bahru.
Foto
MAYAT wanita hamil yang rebah selepas keluar dari tandas stesen minyak ditutup dengan kain sementara menunggu pasukan penyiasat polis tiba, kelmarin.

Menurutnya, ketika rakannya mengisi minyak, wanita itu dikatakan ke tandas dan dipercayai mula muntah darah ketika berada di dalam tandas.
0 Komentar untuk "Rebah muntah darah"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info