Powered by Blogger.

Sekadar untuk ikhtiar hidup

Kuala Kangsar: Selepas kontroversi program menyentuh anjing di ibu negara baru-baru ini, kini timbul pula dakwaan orang Islam memakan daging biawak panggang dalam satu program di sini Sabtu lalu.
Isu tersebut timbul apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar dan status di dalam laman sosial Facebook (FB) sejak jam 3 petang Sabtu lalu.
Status di laman FB berkenaan menyatakan 'test merasa daging biawak dari booth unit infantri di Karnival Semarak Minda Komuniti 1Malaysia Negeri Perak 2014 di Dataran Pavilion bersebelahan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar berhampiran dekat masjid Ridzuaniah'.
Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui, tetapi enggan dikenali turut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu.
"Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat.

FOTO biawak panggang dimuat naik di laman sosial sehingga mencetuskan kontroversi terbaru.

Related Post

  • Bakar mayat dalam kereta Banting: Polis meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi mengecam dan menuntut mayat seorang …
  • 'Hilang tenaga' Gua Musang: "Nasib baik saya sempat berpaut pada dahan kayu selepas dihanyutkan arus deras sejauh 30 meter," kata Anuar…
  • 6 penyamun tumpas selepas 3 jam Sepang: Polis menahan enam penjenayah dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas menyamun pemandu treler dan melarikan…
  • Stesen kereta api menakjubkan Sambil berlari mengejar kereta api, apa kata anda berhenti seketika dan lihat sekeli­ling mungkin pemandangannya lebih…
  • Buang mata rosak Kehilangan mata, sama ada disebabkan oleh kemalangan jalan raya atau di tempat kerja, akibat penyakit seperti tumor ata…
0 Komentar untuk "Sekadar untuk ikhtiar hidup"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info