Powered by Blogger.

Perompak warga Filipina ditembak mati

Kota Kinabalu: Dua lelaki warga Filipina yang ditembak mati di Penampang Baru, semalam dipercayai terbabit dalam tiga rompakan bersenjata di beberapa daerah, sepanjang bulan ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek berusia 42 dan 50 tahun itu selepas seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol ketika didekati anggota polis yang ingin melakukan pemeriksaan.
"Polis menemui dua kelongsong peluru kosong di bahagian dalam kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka selain sebutir peluru dalam pistol suspek.
"Siasatan terperinci akan dijalankan dan mayat suspek dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat," katanya pada sidang media di sini, pagi ini.
Menurut Jalaluddin, pihaknya juga akan menyiasat sama dua individu itu terbabit dengan penjenayah rentas sempadan di perairan pantai timur Sabah.

0 Komentar untuk "Perompak warga Filipina ditembak mati"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info