Powered by Blogger.

Lemas selepas dua kali menyelam-sabah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang hilang ketika menangkap ikan ditemui lemas di loji air Tanjung Lipat, Likas, di sini, hari ini.
Mayat mangsa, Mastin Anthony, 40, ditemui pada 4.16 petang oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari sejak 2.30 petang. 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakannya pergi ke lokasi kejadian untuk memukat ikan. 

"Bagaimanapun, pukat mereka tersangkut di dalam air menyebabkan mangsa menyelam untuk melepaskan pukat itu.
Foto

"Malangnya selepas dua kali menyelam, mangsa tidak lagi timbul semula menyebabkan rakannya menghubungi bomba dan polis," katanya.
0 Komentar untuk "Lemas selepas dua kali menyelam-sabah"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info