Powered by Blogger.

Ajal dua beradik

Bukit Mertajam: Dua beradik maut selepas terjatuh dalam lubang sedalam kira-kira dua meter berhampiran rumah mereka di Kampung Pelet, Kubang Semang, di sini, kira-kira 5.30 petang ini.
Dua beradik itu, Muhammad Shazriel Naufal Rahizal, empat tahun, dan adik perempuannya, Nur Shazreen Rahizal, dua tahun, ditemui lemas tetapi hanya menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM).
Difahamkan, ketika itu hujan lebat dan dua beradik berkenaan kemungkinan tergelincir dalam lubang yang digali untuk pembinaan rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Baharom Abu mengesahkan kejadian terbabit.
Foto
Ahli keluarga mangsa berada di rumah mayat Hospital Bukit Mertajam. Gambar kecil,Menurutnya, kedua-dua mayat kini berada di HBM untuk bedah siasat.
0 Komentar untuk "Ajal dua beradik"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info