Powered by Blogger.

Tentera maut kemalangan

Tawau: Anggota tentera maut selepas terjatuh motosikalnya sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda di KM 5, Jalan Dr Yamamoto, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 10.40 pagi itu, mangsa dikenali Koperal Muhammad Al-Hafizzudin Firdaus Shamsuddin, 22, berasal dari Kuantan, Pahang, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Jalan Tengku Osman dari arah Kampung Jawa.
“Mangsa menunggang bersendirian hilang kawalan lalu terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda,” katanya.
Menurutnya, kesemua empat penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Post

  • Aksi wanita kejam dikecam Kuala Lumpur: Perbuatan zalim selepas satu lagi video penderaan bayi tersebar di laman sosial Facebook (FB) apabila seo…
  • Maut terjatuh dari pelantar simen Balik Pulau: Seorang pekerja kontrak warga Pakistan maut selepas terjatuh dari sebuah pelantar mesin pembancuh simen di…
  • Ajal empat sekeluarga Kota Tinggi: Empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza maut dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing…
  • Dua penunggang motosikal besar terbunuh KOTA TINGGI: Dua maut manakala tiga cedera apabila empat motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka merempuh sebuah lo…
  • Tiduri lelaki mahu biayai percutian Shanghai: Seorang gadis berusia 19 tahun mengharapkan pembiayaan untuk menjelajah seluruh China dengan meniduri lelaki …
0 Komentar untuk "Tentera maut kemalangan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info