Powered by Blogger.

Pengedar kantoi

Ipoh: Seorang lelaki dicekup apabila polis menjumpai 30 biji dadah jenis Eramin 5, heroin, methamphetamine serta ketamine dalam operasi khas di rumah di Taman Berkat, Pasir Puteh di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 petang, sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat awam dan siasatan berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah yang dijalankan suspek.
Sumber berkata, suspek yang berusia 46 tahun itu menyewa rumah berkenaan bagi melindungi kegiatannya.
“Pemeriksaan yang dijalankan di premis itu menjumpai 30 pil eramin 5 dengan anggaran berat 8.2 gram. Turut dijumpai 16 peket plastik dadah heroin seberat 19.4 gram, empat peket plastik dadah methamphetamin 8.6 gram serta satu peket plastik ketamin 2.2 gram,” kata sumber itu.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan siasatan lanjut dijalankan.
DADAH yang dirampas daripada suspek.
0 Komentar untuk "Pengedar kantoi"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info