Kita hidup dalam dunia yang serba mudah dan berhubung hari ini. Dengan hanya menekan butang, kita mampu mengubah siaran, menurunkan suhu atau menempah percutian ke mana saja yang kita ingini.
Makanan yang kita nikmati, ditanam, dihasilkan dan disajikan mengikut cita rasa kita. Sistem pandu lalu, penghantaran ke rumah, kemajuan perubatan dan hak untuk mendapatkan pendidikan semuanya menambah lagi kemudahan dalam kehidupan kita pada zaman ini.
Dalam sekelip mata saja, kehidupan kita berubah menjadi sesuatu yang sangat selesa. Jadi mengapa kita sering tertekan dan sentiasa menginginkan kebebasan? Lupakah kita apa yang dilalui datuk dan nenek kita dulu?
Kehidupan satu puak di Afrika mungkin memberi gambaran paling hampir mengenai apa dilalui generasi sebelum kita.
Kehidupan satu puak di Afrika mungkin memberi gambaran paling hampir mengenai apa dilalui generasi sebelum kita.
Di tebing Tasik Eyasi, Tanzania yang terletak di utara negara itu, wujud satu puak yang terpisah daripada kemodenan dan hidup dengan cara purba mungkin puak terakhir seumpamanya di dunia.Mereka tidak bercucuk tanam, membela haiwan ternakan atau membina rumah sebagai perlindungan. Sebaliknya, kehidupan mereka tidak berubah sejak lebih 10,000 tahun lalu.
Dunia mereka adalah satu gambaran kebebasan mutlak yang mungkin manusia moden kini tidak mampu bayangkan, apatah lagi merasainya. Mereka hanya berbekalkan kemahiran untuk kekal hidup.
Sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon tidak pernah wujud. Begitu juga dengan kereta dan elektrik. Tiada pekerjaan, bos, jadual mahupun struktur sosial atau agama.
Tanpa undang-undang, cukai dan hidup tanpa duit perkara paling hampir dengan kewangan bagi mereka adalah apabila sesekali melakukan pertukaran barangan untuk mendapatkan seluar atau sandal dengan puak yang berjiran dengan mereka.
Sekumpulan pengkaji bertemu dengan puak Hazda itu dan merekodkan aktiviti harian mereka. Mereka mengikuti kaum lelaki Hazda pergi memburu babun dalam cuaca panas terik.
Keadaan persekitaran kehidupan puak Hazda dikelilingi bahaya dengan semak berduri, ular berbisa dan singa yang sedia membaham pada bila-bila masa. Namun, pemburuan tetap dilakukan demi kelangsungan hidup mereka.
Kira-kira 1,000 puak Hazda masih mendiami gua di sekitar Tasik Eyasi, Tanzania yang terletak di Lembah Great Rift,Afrika.
Tidak jauh dari tempat berkenaan, beberapa fosil tertua yang menjadi bukti kewujudan hidupan purba di situ ditemui.
Dengan segala kemajuan yang kita kecapi hari ini, sepatutnya puak Hazda sudah tidak wujud. Mereka kekal tersisih, kaum yang dilupakan masa.
Mereka tidak pernah terbabit dalam konflik dan tidak pernah mengalami penyebaran wabak berjangkit atau kebuluran. Populasi mereka tidak pernah melebihi jumlah yang mampu diberi makan melalui hasil buruan.
Makanan puak Hazda ringkas, daging - termasuk burung, babun, kijang dan kerbau yang diburu menggunakan panah buatan sendiri yang biasanya dibuat ketika memburu.
Bahasa pertuturan mereka dipercayai bahasa tertua yang masih digunakan sehingga hari ini.
Tidak seperti kehidupan kita hari ini yang dibelenggu beban kerja, puak Hazda menikmati banyak masa lapang. ‘Pekerjaan’ mereka adalah memburu ketika ingin makan dan ia mengambil masa kira-kira lima jam sehari.
Sepanjang kewujudan mereka sejak ribuan tahun lalu, mereka meninggalkan lebih daripada sekadar kesan jejak.
Puak Hazda mewakili sebahagian pembentukan budaya dunia yang sudah hilang, malah mereka juga mungkin mewakili apa yang hilang daripada masyarakat hari ini.
0 Komentar untuk "Kaum yang dilupakan"