Powered by Blogger.

kelinik kereta: Kerap periksa penapis udara

Perlukah saya menukar atau mencuci penapis udara kerana jarak kenderaan mencapai 10,127 kilometer.
AZIM 
Kuala Lumpur


Karburetor dan penapis udara memerlukan perhatian setiap 10,000 km. Satu punca utama kehausan omboh dan blok enjin adalah disebabkan udara kotor memasuki kebuk pembakaran.

Ini berikutan laluan kemasukan udara adalah punca benda asing masuk ke dalam enjin itu. Oleh itu, jangan memperkecilkan peranan penapis udara kenderaan anda, sama ada motosikal atau kereta. 

Pastikan penapis udara adalah tulen dan sentiasa bersih. Ia juga bergantung kepada keadaan pemanduan anda, jika menggunakan jentera di kawasan berdebu, elok diperiksa penapis udara lebih kerap. 

Karburetor juga mempunyai skru di bawah takungan untuk mengeluarkan bahan api. Tujuannya untuk membuang bahan api kotor yang mungkin dicemari habuk atau air. 

Jika memilih melakukan servis sendiri, buka takungan itu dan bersihkan habuk halus yang terkumpul. 

Periksa dan keringkan titisan air dan karat yang mungkin terkumpul. Selain itu, dinasihatkan supaya memasang penapis bahan api untuk mengurangkan masalah itu.
0 Komentar untuk "kelinik kereta: Kerap periksa penapis udara"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info