Powered by Blogger.

Ucapan terakhir anak

JEMPOL: “Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya,” kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.
Rosni berkata, Allahyarham yang juga pelajar Kolej Komuniti Jempol menyampaikan ucapan Hari Ibu sehari lebih awal iaitu pada Sabtu lalu ketika menghubunginya melalui telefon.
“I love you, I miss you (saya cinta dan saya rindu pada ibu). Itu antara kata-katanya ketika menelefon saya,” kata ibu kepada enam anak itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, di sini, semalam.

Selain Muhammad Izwan, dua lagi yang terbunuh dalam kemalangan pada jam 11.20 pagi di Jalan Mahsan-Bahau itu ialah pemandu treler yang sarat dengan kayu getah, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45.
Foto
CEDERA...seorang mangsa dibawah treler.

Kejadian berlaku apabila treler dipandu Abd Halim yang dalam perjalanan menuju Bahau gagal dikawal ketika menuruni bukit lalu melanggar sembilan kenderaan lain iaitu dua lori, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara.

Related Post

  • Sempat beritahu pembunuh sebelum ajal Kuantan: Seorang penyelia sebuah syarikat kenderaan di Gebeng, dekat sini, sempat memberitahu dia disamun lelaki berpak…
  • Mati demi sekeping selfie Mexico City: Mungkin kerana kemaruk untuk melakukan selfie, seorang lelaki maut apabila tertembak dirinya sendiri ketik…
  • Ajal rakam gambar Shah Alam: Kegembiraan seorang penuntut wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, yang sedang merakam gambar be…
  • ‘Saya ni jenis miang’ Kuala Lumpur: “Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat…
  • Dua pengawal parah ditetak Georgetown: Dua pengawal keselamatan parah selepas mereka diserang dan ditetak kira-kira 15 lelaki dalam kejadian di se…
0 Komentar untuk "Ucapan terakhir anak"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info