Powered by Blogger.

Apa dah jadi, Kop?

Kemenangan 3-1 mengatasi Crystal Palace pada Oktober tahun lalu menyaksikan Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana selepas mengharungi tujuh perlawanan musim itu.
Dua belas bulan selepas itu, Reds menduduki tangga kesembilan liga dan bergelut di Eropah.
Sekadar memenangi tiga daripada tujuh perlawanan dalam Liga Perdana dan permulaan goyah kempen Liga Juara-Juara menimbulkan kebimbangan skuad Liverpool di bawah kendalian Brendan Rodgers mulai hambar.
Berikut adalah lima sebab mengapa Liverpool kelihatan kehilangan rentak mereka.Ketiadaan Luis Suarez
Dalam mana-mana perbincangan mengenai pertukaran di Anfield, hampir mustahil menafikan penghijrahan Luis Suarez. Penyerang berbahaya Uruguay itu meledak 31 gol dalam Liga Perdana pada musim 2013/14, tiada pemain lain menjaringkan lebih banyak gol dalam 38 perlawanan semusim.
Jaringan terbabit dikira 16 mata tetapi bukan semua gol terbabit jaringan sendiri. Dengan 12 bantuan menjaringkan gol, hanya Steven Gerrard mampu mengatasi dan sikap itu 'berjangkit' membantu meningkatkan pemain berada di sekelilingnya. "Kita kehilangan pemain berkelas dunia," kata Brendan Rodgers. Ia menceritakan segala-galanya."
Pemain baru perlu menyesuaikan diri
Menggantikan pemain yang tidak boleh diganti bukan tugasan boleh dilakukan serta merta dan dengan kempen Liga Juara-Juara berada dalam perancangan, Rodgers perlu menambah lebih ramai pemain termasuk kualiti. Disebabkan perkara itu, beberapa pemain baru hadir seperti masih di peringkat percubaan. Lazar Markovic adalah pemain muda dalam persekitaran baru dan kini mengalami kecederaan, sementara Mario Balotelli memberikan cabaran di dalam dan luar padang. Rodgers berkemungkinan bergantung pada Adam Lallana dan Rickie Lambert mencari jaringan tetapi kecederaan dan permulaan kurang memberangsangkan Lambert menyukarkan tempoh peralihan.
Komitmen Liga Perdana
Setiap orang tahu Liga Juara-Juara berada pada laluan dan tentunya sambutan menandakan kembalinya juara lima kali Eropah itu tetapi ia tidak menjadikan mana-mana keadaan lebih mudah. Ia bukan sekadar perjalanan tetapi menggunakan kekuatan mental seperti dipamerkan selepas berdepan tekanan menentang Ludogorets yang kali pertama beraksi. Masalah bertambah buruk, kekalahan di West Ham dengan pemain Liverpool hanya berlari 105.46km, angka rendah untuk musim ini. Rodgers menurunkan lapan pemain dalam kesebelasan utama beraksi pada perlawanan pertengahan minggu dengan kecederaan menjejaskan kemampuannya menukar pemain terbukti memberi risiko.
Tiada masa persiapan taktikal
Dengan kebanyakan penekanan diberi terhadap kesukaran fizikal bermain dua perlawanan seminggu dengan beban terus meningkat juga menjadi cabaran taktikal buat bos Liverpool itu. Hari membuat persiapan bagi perlawanan Selasa jarang menjadi sesuatu yang serius. Penerbangan pulang daripada Basel awal pagi Khamis sebelum tiba di padang latihan menjelang pertemuan menentang West Brom. Jadual lebih ketat untuk membolehkan pemain mendapatkan kepantasan dan fokus perlawanan seterusnya memberi masalah.
Semuanya adalah me­ngenai jangkaan
Liverpool kurang enam mata berbanding angka diraih pada peringkat sama musim lalu tetapi jurang dianggap agak kecil. Bagaimanapun, dua mata diberi adalah hasil jaringan pemain Everton, Phil Jagielka. Liverpool menang tiga perlawanan pertama musim 1-0 tanpa sebarang aksi menarik pada peringkat awal sehinggalah mempamer keputusan memberangsangkan membenam Tottenham di White Hart Lane, Ogos lalu. Sudah tentu, peningkatan jangkaan terhadap kelab besar seperti Liverpool boleh menjadi berbahaya biarpun wujud logik sebab dianggap Rodgers sebagai 'kesakitan'.
Kesimpulan
Sekalipun keletihan ketara dialami oleh Raheem Sterling ketika memikul tugas England menjadi penanda lebih jauh masalah dihadapi oleh Liverpool, Rodgers kerana sekurang-kurangnya beliau berterima kasih pemain remaja itu beraksi lebih sejam membabitkan dua perlawanan antarabangsa. Dengan Daniel Sturridge mempunyai masa pulih kecederaan dan Steven Gerrard menikmati rehat yang jarang dilalui, peminat Liverpool menjangkakan pulangan menentang QPR pada hujung minggu.
Jika mereka tidak, kebimbangan terus wujud biarpun mengatur rancangan susulan sukar pada tahun berikutnya selepas hampir menggenggam gelaran juara liga.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:01 AM
PERMULAAN yang sukar buat Liverpool tahun ini.
0 Komentar untuk "Apa dah jadi, Kop?"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info