Powered by Blogger.

Penyeludup ‘rugi’ RM12 juta

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah berjaya mematahkan kes penyeludupan rokok, petrol dan diesel membabitkan nilai RM12 juta di kawasan perairan Tawau, pada Jumaat lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, rampasan rokok antara yang terbesar setakat ini dilakukan pihak PPM kerana membabitkan nilai RM10.9 juta dan selebihnyamembabitkan penyeludupan minyak.
"Dalam kejadian pada jam 5.50 petang itu, PPM Tawau melakukan pemeriksaan di sebuah kapal penghantar barang dan mendapati sebahagian daripada kapal terbabit dipenuhi kotak rokok jenis Astro.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 532,500 bungkus rokok di dalam kapal berkenaan," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Perairan Pangkalan Marin, hari ini.
Jalaluddin berkata, selain itu PPM turut berjaya merampas diesel dan petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar daerah ini.
0 Komentar untuk "Penyeludup ‘rugi’ RM12 juta"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info