Jasin: "Saya nekad mengejar penjenayah itu atas dasar kemanusiaan selepas melihat tindakan mereka yang mencurigakan tanpa memikirkan risiko dihadapi," kata Nor Mohd Idris Mohammad, 30, penjual burger yang ditembak di kaki dalam cubaan samun di Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, Rabu lalu.
Nor Mohd Idris berkata, ketika kejadian dia tidak mengetahui penjenayah berkenaan bersenjatakan pistol dan niatnya hanya ingin membantu mangsa selain cuba menahannya.
"Saya terpanggil melakukan sesuatu selepas melihat tindakan penjenayah itu, tetapi tidak sangka dia bersenjatakan pistol dan melepaskan tembakan.
"Saya sedar tindakan saya itu berisiko kepada diri dan keluarga, tetapi menjadi tanggungjawab kita membantu mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, walaupun tindakannya itu mengundang pelbagai maklum balas daripada orang ramai, namun dia menjalankan tanggungjawab bagi membantu mangsa yang turut dicederakan penjenayah.
0 Komentar untuk "Cuma nak tolong"