Hati-hati apabila berjalan di Britain kerana mungkin anda terlanggar pula orang ‘halimunan’ yang kelihatan seakan-akan bangunan atau landskap berhampiran.
Puncanya? Pelukis berbakat, Trina Merry, 34, menghasilkan ‘karya’ uniknya di mercu tanda terkenal United Kingdom (UK) apabila mewarnakan tubuh model sehingga sebati dengan latar belakang pelbagai tempat terkenal di negara itu.
Idea menghasilkan karya prosedur yang mengambil masa sehingga lapan jam untuk disiapkan sebenarnya bermula di kota New York sebelum Trina memutuskan untuk berpindah ke UK.
Menggunakan latar belakang monumen tradisional Britain seperti Stonehenge dan gereja Westminster Abbey hinggalah struktur abad ke-21 seperti London Eye dan bangunan pencakar langit logam yang moden, Trina yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) mendapat idea untuk melukis badan manusia kira-kira setahun lalu selepas diberi tugasan untuk melukis subjek wanita dalam kuliahnya supaya ‘lenyap’ daripada pandangan apabila menyamai mercu tanda di bandar itu.

Di New York, Trina tidak menghadapi masalah melakukannya kerana undang-undang tidak menghalang seseorang menanggalkan pakaiannya demi mengekspresikan seni.Namun, berbeza pula di London apabila dia terpaksa mendapatkan kebenaran polis sebelum memulakan kerjanya.
Pihak berkuasa Britain juga bukan satu-satunya ‘rintangan’ bagi Trina menghasilkan karyanya di situ kerana aksinya ketika melukis pasti menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang, malah ada juga antara mereka tidak segan mengganggu semata-mata untuk menyatakan kekaguman terhadap karyanya.
Apatah lagi melayan kerenah ratusan pelancong yang kadangkala keliru dengan kehadiran serta perlakuannya turut berhenti untuk bertanya pelbagai soalan.
Bagi Trina, karya dihasilkannya adalah proses yang membuka ruang untuk mengenali penduduk di lokasi yang dipilih menjadi subjeknya.
“Gabungan model dan latar belakangnya tanpa disedari membuka mata kita secara reflektif,” katanya.
Setiap detik proses menghasilkan karya seninya memerlukan daya ketabahan tinggi dengan perincian dan perancangan teliti, termasuk memastikan keadaan cuaca sesuai kerana hujan pasti merosakkan segala usahanya.
Seorang daripada model yang dilukis tubuh badannya, Jessica Mellow berkata, pengalaman dicat memang membawa kelainan, malah tidak menyangka proses itu menenangkannya.
“Kamu dapat merasai setiap detik proses transformasi dilalui. Berus yang mengenai tubuh sangat lembut sehingga ada kalanya terasa bagai diurut,” katanya.
0 Komentar untuk "‘Halimunan’ "